PENGENALAN
Setiap perkembangan teknologi digital (revolusi industri) mampu menjadikan satu tren dimana dengan membuat suatu perubahan gaya hidup yang lebih maju kehadapan dan menjimatkan tenaga. Perkembangan revolusi industri akan memberi kesan yang ketara kepada semua industri itu. Di malaysia sendiri tidak terkecuali dalam pembangunan dan perkembangan Revolusi kerana Malaysia juga di ketegorikan sebagai negara yang pertama dalam menghasilkan elemen-elemen dalam mengharungi cabaran revolusi industri 4.0 mengikut pelan pembangunan pendidikan (2015-2025). kemunculan revolusi industri 4.0 adalah kesinambungan daripada revolusi industri 3.0 yang telah dipraktikan sejak abad ke-20 lagi. Mengikut pada revolusi industri 3.0 penggunaan digital misalnya rangkaian internet telah memberi banyak kemudahkan dalam kemajuan teknologi maklumat. Natijahnya dengan adanya alat-alat elektronik digital setiap pengguna akan mendapatkan ilmu pengetahuan dan maklumat-maklumat pada bila-bila masa dan lokasi dengan pantas.










