Teknologi Robotik

Negara yang telah melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0

Negara yang telah melaksanakan teknologi baharu dalam IR 4.0

i ) China

-          Teknologi 5G, Station angkasa Tianhe, Kapal Selam Vendoze dan peralatan perubatan .

Negara China turut mempraktikan penggunaan teknolgi 4.0 sama ada dari sektor peralatan perubatan ataupun langkah-langkah penguatkuasaan bagi pemantauan setiap pergerakan virus yang mampu dikesan seperti di Wuhan, Wilayah Hubei sehingga china berjaya mengatasi dan membendung wabak itu daripada terus merebak. Dengan teknologi terbaru itu China telah dapat menangani masalah Covid-19 yang kini menular di seluruh dunia. Selain itu,Syarikat teknologi dari China bersama 18 pengeluar automotif dari negara yang sama telah membina persekitaran untuk pergerakan kereta dengan teknologi 5G. Malah sejak dengan adanya teknologi ini ianya akan membantu akan mempercepatkan penggunaan kormesial 5G terutamanya dalam industri automotif. 


ii )  Korea

-          Teknologi jaringan 5G, Teknologi Kecerdasan buatan Ai dan pembedahan plastik

Selain NEGARA China yang melaksanakan teknologi baharu IR 4.0, negara Korea juga adalah salah satu negara yang paling canggih dalam melaksanakan sesebuah teknologi. Hal ini dapat dilihat melalui perlaksanaan teknologi robotik yang turut menjadi tumpuan di mata dunia. Sebagai contoh, Teknologi jaringan 5G negara yang terawal menggunakannya adalah korea selatan. Mengikut laporan pelancaran jaringan 5G pada peringkat awal 260,000 pengguna telah pun berjaya melanggannya, Sekali gus korea selatan menjadi lokasi yang terawal penggunaan 5G disamping negara yang paling canggih di dunia seterusnya sebagai peneraju dalam infrastruktur 5G. selain itu, negara korea selatan akan menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI), pengecaman wajah dan ribuan kamera litar tertutup (CCTV) bagi mengesan setiap pergerakan golongan-golongan yang dijangkiti Covid-19. Keberhasilan Projek itu perlu menggunakan sistem algoritma AI dan pengecaman wajah bagi menganalisis rakaman yang diperoleh daripada 10,820 CCTV serta mengesan setiap pergerakan individu yang dijangkiti koronavirus.  Tidak cukup dengan itu Korea juga turut terkenal dengan teknologi perubatan di mana dengan teknologi tersebut ia telah menaikkan imej korea di seluruh negara. Hal ini terbukti bahawa korea amat terkenal dengan pembedahan plastik di mana ramai rakyat di dalam negara tersebut mahupun di luar negara datang untuk membuat pembedahan plastik demi untuk kecantikan.



0 comments:

Post a Comment