1.1) Definisi bagi setiap TIGA (3) teknologi baharu dalam IR 4.0.
a) Big Data
Big Data merupakan salah satu medan yang
dibangunkan bagi pengguna yang berhadapan dengan set-set data yang terlalu
besar atau amat sukar dan susah untuk diceraikan oleh perisian atau aplikasi
pemperosesan data yang tradisional/lama. Selain itu big data juga mempunyai
tiga ciri utama iaitu Valume,Velovity dan Variety. Dalam dunia kini yang semakin
canggih ini telah dibanjiri dengan data dan maklumat yang yang kita keluarkan
setiap hari seperti video,gambar,email dan mesej.
b) ROBOTIK
Robotik adalah merupakan suatu reka bentuk, pembinaan, operasi dan penggunaan robot serta sistem komputer bagi mengawal maklum balas deria dan pemprosesan maklumat. Teknologi ini digunakan untuk mencipta mesin yang boleh menggantikan manusia dan meniru tindakan manusia. Mohd Aiman Kamar, et. Al., (2016) menyebut bahawa industri automotif dan robotik di negara kita telah dilaksanakan sejak tahun 1893 oleh Yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir bin Mohammad ketika memperkenalkan pengeluar kereta kebangsaan iaitu Proton. Sejak dari itu, robotik mula diterapkan pada peringkat sekolah menerusi Reka Cipta. Oleh itu , pertandingan robotik telah diperkenalkan secara meluas diperingkat sekolah menerusi pertandingan-pertandingan robotik peringkat sekolah dan lain-lain.
c) Cloud Computing
Cloud Computing ialah
ketersediaan sumber dalam komputer, terutamanya dari segi penyimpanan data dan
kuasa komputer tanpa penguasaan aktif kepada pengguna. Istilah ini biasanya
digunakan untuk menggambarkan pusat data yang tersedia kepada pengguna yang
banyak melalui internet (Wang, 2021). Cloud Computing bukanlah satu teknologi
yang baharu tetapi terdapat banyak syarikat yang besar berlumba-lumba ingin
membangunkan teknologi Cloud Computing seperti Alibaba dan juga Amazon.








0 comments:
Post a Comment